Covid-19 kes baru 3,381

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,381 kes baru Covid-19. Kes keseluruhan kini berjumlah 2,780,080. Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di beberapa negeri telah meningkat, iaitu di Sabah (bertambah 75.0 peratus), Pulau Pinang (bertambah 29.5 peratus) dan Negeri Sembilan (bertambah 20.8 peratus). Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 6) di mana 3,543 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (919), Johor (410), Kelantan (296), Pahang (260), Sabah (245), Kuala Lumpur (229), Pulau Pinang (222),Kedah (217), Melaka (168), Perak (166), Negeri Sembilan (160), Terengganu (153), Putrajaya (38),  Perlis (21), Labuan (20), Sarawak (19).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here