Pengecualian bayaran sewa di sekolah dilanjutkan hingga Jun

Pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kantin dan premis dalam sekolah seluruh negara dilanjutkan selama enam bulan lagi hingga Jun depan. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata langkah itu bakal memanfaatkan lebih 10,000 pengusaha kantin, di samping penyewa lain termasuk dobi, kedai buku, koperasi serta mesin air minuman di sekolah.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) membuat keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai cabaran terpaksa dihadapi pengusaha terbabit sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19. KPM menerima banyak permohonan daripada pengusaha kantin sekolah untuk diberikan pengecualian bayaran sewa ketika ini.

Justeru, kita membuat keputusan untuk memberi pengecualian sewa kepada pengusaha kantin dan premis dalam sekolah selama enam bulan, bermula Januari hingga Jun depan, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, di sini, sempena pengoperasian hari pertama sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 di Kelantan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here