Maignan telah tandatangani kontrak selama lima tahun bersama AC Milan

Penjaga gol kebangsaan Perancis, Mike Maignan telah menandatangani kontrak lima tahun bersama AC Milan, umum kelab Serie A itu pada Khamis.

Pemain berusia 25 tahun itu, merupakan penjaga gol pilihan ketiga buat pasukan kebangsaan Perancis, menggalas tanggungjawab berat untuk mengganti pilihan pertama Itali Gianluigi Donnarumma yang sudah berangkat pada Rabu.

Maignan membantu Lille menjulang piala liga Perancis pada Ahad manakala AC Milan duduk di tangga kedua Serie A, 12 mata ketinggalan daripada pasukan jiran Inter.

Maignan akan menyertai AC Milan secara rasmi apabila tempoh peralihan Itali bermula pada Julai.

“Beliau bakal menyertai kelab ini bermula pada 1 Julai, 2021. Penjaga gol tersebut telah menandatangani kontrak dengan Rossoneri sehingga 30 Jun, 2026, serta akan memakai jersi bernombor 16,” kata AC Milan dalam laman sesawang mereka.

Media Itali melaporkan bahawa Milan akan membayar Lille sejumlah 15 juta euro (RM 76 juta).

Lille mengesahkan “jumlah perjanjian yang dipersetujui bersama AC Milan untuk pemindahan Mike Maignan.”

Mereka menggelarnya ‘Helang Ajaib’ dan menyatakan “beliau bakal meninggalkan penanda yang tidak dapat dipadam dalam sejarah dengan menjuarai kejohanan yang tidak akan dilupakan sesiapa”.

Mereka mengulas bahawa beliau telah menjaga rekod bersih di San Siro, ketika Lille menang 3-0 di tempat lawan kepada AC Milan dalam perlawanan kumpulan Liga Europa pada November.

Maignan berusia 25 tahun, lahir di Cayenne di Guyana Perancis, telah turun padang buat Perancis sekali serta terpilih untuk Euro.

Beliau berasal sebagai belia dari Paris Saint-Germain namun tidak pernah bermain untuk pasukan itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here