Hospital 5 negeri catat peningkatan kemasukan pesakit COVID-19

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital di lima negeri, mencatatkan peningkatan sepanjang tempoh tujuh hari lalu, dengan ibu negara merekodkan peningkatan tertinggi sebanyak 52 peratus.

Portal COVIDNOW oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan, purata jumlah pesakit dijangkiti wabak itu yang dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur adalah seramai 44 individu dalam tempoh tujuh hari.

Secara keseluruhan, sejumlah 472 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur dalam tempoh 11 hari, iaitu sejak trend peningkatan bermula pada 6 Januari lalu hingga semalam.

Bagaimanapun, peningkatan itu dilihat masih terkawal berikutan kadar penggunaan katil hospital di ibu negara berada pada kadar 46 peratus, dengan penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 adalah sekitar 60 peratus. Selain itu, Kuala Lumpur turut merekodkan peningkatan kes COVID-19 sebanyak 16 peratus dalam tempoh tujuh hari lalu, dengan sejumlah 1,962 kes baharu dicatatkan dalam tempoh berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here