KUALA LUMPUR –
Pemberian elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor dan petugas perubatan yang lain merupakan satu pengiktirafan terhadap mereka di lapangan yang melaksanakan tugas berisiko tinggi menghadapi penularan jangkitan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya menyambut baik langkah kerajaan memberikan elaun khas itu kepada petugas yang secara langsung terdedah kepada risiko jangkitan penyakit berkenaan.
“Elaun khas ini merupakan satu pengiktirafan terhadap pengorbanan petugas kesihatan di lapangan yang melaksanakan tugas berisiko tinggi dalam tindakan kesiapsagaan dan respons bagi menghadapi penularan jangkitan COVID-19.