Bakar sampah, terbakar sekali Myvi

Akibat membakar sampah berhampiran kereta, sebuah Perodua Myvi musnah terbakar di Parit 3 Timur, Sungai Panjang, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.46 pagi.

Sepasukan empat anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran. Ketika kejadian, pemilik kereta berusia 38 tahun berada di dalam rumah keluarganya. Kebakaran berpunca daripada pembakaran sampah dan dipercayai merebak ke kenderaan terbabit. Pemilik kenderaan cuba memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Dia kemudian menghubungi bomba, katanya ketika dihubungi, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here