Isu Kampung Bunga Raya – Memorandum Diserahkan

Shah Alam, Dis 15.
Penduduk Kampung Bunga Raya, Subang, menyerahkan memorandum memohon campur tangan kerajaan Selangor untuk mencari penyelesaian muktamad kepada isu penempatan yang membelenggu mereka selama 30 tahun.

Ahli jawatankuasa interim Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia, David Marshel, yang mewakili penduduk menyerahkan memorandum itu kepada Pegawai Khas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Khairun Nizam.

Menurutnya, mereka berharap satu perjumpaan dapat diadakan antara Menteri Besar Amirudin Shari bersama penduduk bagi membantu menyelesaikan masalah itu.Sebelum ini dilaporkan lebih 90 keluarga menduduki Rumah Panjang Kampung Bunga Raya merana sejak 1993 akibat projek perumahan Dahlia di Seksyen U5 yang dijanjikan kepada mereka oleh pemaju Unique Creations, terbengkalai.

Sementara itu, Ketua Kampung Bunga Raya yang ingin dikenali sebagai Ganesan, 46, berkata penduduk diminta keluar dari tanah asal pada 1993 dan dijanjikan kerajaan negeri untuk diberi penempatan baharu.

“Kita ditempatkan sementara di rumah panjang yang merupakan tanah dimiliki kerajaan dan selepas 30 tahun tanah diberi pula kepada pemaju,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here