Jangkitan Covid-19 melonjak kepada 7,234 kes

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kes baharu Covid-19 melonjak kepada 7,234 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi Twitter memaklumkan jumlah keseluruhan jangkitan kini meningkat kepada 2,895,014 kes.

Kali terakhir jangkitan melepasi angka 7,000 adalah pada 16 Okt tahun lalu dengan 7,509 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here