Rekod baru 9,353 kes Covid-19, 87 kematian

Kementerian Kesihatan melaporkan satu lagi rekod tertinggi untuk jangkitan harian Covid-19 yang mencatatkan 9,353 kes hari ini berbanding rekod semalam sebanyak 9,180 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 87 kematian dan 5,910 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 737,103 daripada 827,191 pesakit Covid-19 sudah sembuh, manakala angka korban pula meningkat kepada 6,067 orang.

Beliau berkata, terdapat 84,021 kes aktif di seluruh negara, dengan 451 daripada 959 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan jangkitan tertinggi, dengan 4,277 kes.

Ini disusuli Kuala Lumpur (1,398), Melaka (835), Negeri Sembilan (638), Johor (399), Kedah (364), Sarawak (352), Sabah (251), Pahang (247), Pulau Pinang (180), Perak (145), Kelantan (89), Labuan (85), Terengganu (50), Putrajaya (39) dan Perlis (4).

Daripada jumlah kes baharu itu, 11 ialah kes import dan baki 9,342 kes penularan tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here