Covid-19 kes Baru 10,089

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 10,089 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,914,220.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 127 hari, sejak October 2.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Feb 5) di mana 9,117 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (2,490), Sabah (1,205), Johor (901), Kedah (847), Kelantan (673), Kuala Lumpur (584), Pulau Pinang (522), Pahang (470), Negeri Sembilan (416), Melaka (395), Perak (231), Terengganu (123), Putrajaya (115), Perlis (88), Sarawak (42), Labuan (15).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here