Covid-19 kes baharu 17,134

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 17,134 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,956,332. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 145 hari, sejak 17 September.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Feb 8) di mana 13,944 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (3,031), Sabah (2,069), Johor (1,680), Kedah (1,463), Kelantan (1,105), Pulau Pinang (1,023), Kuala Lumpur (1,022), Pahang (696), Negeri Sembilan (394), Melaka (387), Perak (352), Terengganu (290), Putrajaya (141), Perlis (133), Sarawak (129), Labuan (29).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here