Anggota penguat kuasa Kastam dilengkapi kamera badan Jun ini

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kuala Terengganu: Pemasangan kamera badan dalam kalangan anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dijangka dilaksanakan pada Jun ini bagi menangani kes salah laku dan meningkatkan integriti pasukan itu. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, perkara itu sedang dalam proses perolehan untuk mendapatkan peralatan berkenaan.

Kita jangka dalam tahun ini… mungkin dalam bulan Jun, kita boleh buat perolehan (sekarang dalam proses perolehan). Untuk fasa pertama, kamera badan itu akan dipasang kepada lebih 100 penguat kuasa dan pegawai yang bertugas di barisan hadapan contohnya di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) dan di stesen-stesen sempadan.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah dalam sesi parlimen pada 6 Disember tahun lalu memaklumkan anggota penguat kuasa JKDM akan dilengkapi peralatan kamera badan sebagai usaha menangani salah laku dalam kalangan pasukan beruniform itu. Langkah itu juga bagi meningkatkan integriti pasukan berkenaan selain usaha menyelamat anggota kastam yang kerap dituduh terbabit dalam aktiviti rasuah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here