Medan Selera Larkin ditutup

Pejabat Pelajaran Negeri Johor serta Pasar Awam dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu bermula Rabu (16 Dis) selepas Jabatan Kesihatan Johor mengesan kes positif COVID-19 membabitkan dua premis itu.

Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu berkata penutupan hingga 22 Dis itu bagi membolehkan pelaksanaan tindakan pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan.

“Berdasarkan ujian saringan yang dilakukan, seorang kakitangan Jabatan Pelajaran dan seorang pekerja di Pasar Awam Larkin, positif COVID-19,” katanya.

Notis perintah tutup premis tersebut tular menerusi media sosial semalam.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here