Agong terima menghadap PM Thailand Srettha di Istana Negara

Kuala Lumpur, Okt 11.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara hari ini.
Srettha yang tiba pada 12.50 tengah hari meluangkan masa lebih 30 minit di Istana Negara.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.

Srettha kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini, dan ia merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 Sept.

Hari ini, Srettha turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kedua-dua pemimpin dijangka menilai semula kemajuan hubungan dua hala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here