Pergelangan tangan hancur tersepit mesin meleper doh

Kuala Lumpur: Pergelangan tangan seorang wanita yang juga pekerja kilang hancur selepas tersepit pada mesin meleper doh di sebuah kilang di Jinjang di sini, hari ini. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Che Mohamad Azwan Che Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.44 tengah hari dan lapan anggota serta sebuah jentera dikerah ke lokasi.

Sebaik tiba jam 1.52 tengah hari, kami dapati tangan kanan mangsa yang berusia 20-an tersepit pada mesin meleper doh. Kami berjaya mengeluarkan tangannya jam 2.08 petang dengan menggunakan peralatan khas, katanya pada kenyataan. Menurut beliau, sepanjang masa itu, mangsa dalam keadaan sedar. Mangsa kemudiannya diserah kepada kakitangan perubatan untuk rawatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here