Seorang lagi suspek ditahan berhubung kes MYAirline

Kuala Lumpur, Okt 23.
Seorang lagi suspek ditahan awal pagi tadi di rumahnya di Bangsar berhubung kes MYAirline Sdn Bhd .

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, suspek lelaki itu dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur untuk tahanan reman pada jam 10 pagi ini.

Sebelum ini, 15 individu memfailkan saman terhadap pengasas bersama MYAirline, ahli perniagaan, Datuk Allan Goh Hwan Hu, dan empat syarikat atas dakwaan gagal membuat bayaran balik berhubung pelaburan lebih RM8 juta.

Mereka yang menyaman berusia antara 58 hingga 74 tahun selaku plaintif pertama hingga ke-15 menamakan Hwan Hua, 57, yang juga Pengasas Bersama MYAirline, manakala I-Serve Online Mall Sdn Bhd , Bright Moon Venture Plt , Qa Smart Partnership Plt dan Trillion Cove Holdings Berhad dinamakan sebagai defendan pertama hingga kelima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here