Home Bahasa Malaysia PRN Johor: Kira-kira 3,000 anggota polis bertugas pada hari penamaan calon

PRN Johor: Kira-kira 3,000 anggota polis bertugas pada hari penamaan calon

Kira-kira 3,000 anggota dan pegawai polis akan ditugaskan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu depan bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya akan menambah anggota ketika tempoh berkempen mengikut keperluan.

Semua pihak meminta mematuhi peraturan dan mengikuti nasihat serta arahan yang diberikan pasukan polis yang bertugas supaya ketenteraman awam sentiasa terpelihara, katanya kepada pemberita selepas program Dialog Ketua Polis Johor bersama Warga Felda Tenggaroh di Tanjung Leman di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN Johor pada 12 Mac manakala 8 Mac ditetapkan untuk pengundi awal. Dalam perkembangan lain, Kamarul Zaman berkata 58 individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah ditahan dalam Op Tapis yang dijalankan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Mersing di sekitar Felda Tenggaroh di sini.

Dalam operasi selama dua hari berakhir semalam, kebanyakan mereka terdiri daripada generasi kedua dan ketiga FELDA, disyaki mengambil dadah jenis syabu atau ‘Ice’ dan hasil siasatan kita mendapati terdapat penagih tegar dan juga penagih baharu, katanya. Menurutnya polis juga melaksanakan kegiatan penagih dadah yang mencuri kelapa sawit mengikut kenaikan harga komoditi itu bagi membeli dadah. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here