Kebakaran Meragut 3 Nyawa

Sungai Petani, Sep, 18. Tiga orang terkorban dalam kebakaran membabitkan lapan unit rumah kedai dua tingkat di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda. Menurut jabatan bomba, kebakaran itu berlaku pada jam 1.12 pagi.

Sepasukan anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu dan Kota Kuala Muda tiba di lokasi segera.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Awang Hidzel Awang Bujang, berkata.

Kesemua mangsa yang ditemui rentung dalam kebakaran itu dikenal pasti sebagai, Lim Yang Kooi, 66, dan isterinya, Lee Chew Fong, 61, serta ibunya, Yong Swee Lan, 92.Beliau berkata, bangunan itu adalah bangunan lama yang berusia lebih 60 tahun yang mana di bahagian bawah adalah batu serta simen manakala bahagian atas pula adalah kayu. Kebakaran membabitkan keseluruhan lapan unit rumah kedai itu musnah adalah sebanyak 85 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here