Bangunan di barat Semenanjung bergegar

Gempa bumi kuat yang melanda Utara Sumatera, Indonesia jam 9.39 pagi tadi menyebabkan gegaran turut dirasai di bahagian barat Semenanjung Malaysia, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, pusat gegaran 6.1 skala Richter itu terletak 0.2 darjah utara dan 100 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer (km) di 76 km Barat Laut Payakumbuh, Indonesia.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, katanya dalam kenyataan, hari ini. Gegaran itu mencetuskan situasi panik apabila orang ramai yang berada di dalam bangunan di sekitar Lembah Klang berlari keluar dari bangunan ketika kejadian itu. Terdahulu, dilaporkan berlaku gempa bumi berhampiran barat Utara Sumatera, Indonesia dengan magnitud 6.1 skala Richter, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here