Rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tiada tahun ini – PM

Putrajaya, Apr.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini.

“Sebaliknya, saya akan mengikuti dan menghadiri majlis di negeri-negeri yang dianjurkan oleh menteri-menteri,” katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan hari ini.

Anwar yang juga menteri kewangan, mengingatkan agensi kerajaan supaya lebih berhemat dan menganjurkan majlis Hari Raya yang sederhana.”Sila jangan berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis yang lebih besar dan mewah. Itu bukan duit anda pun,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here