Home Bahasa Malaysia Banjir kali ini pelik, kata penduduk Kemaman

Banjir kali ini pelik, kata penduduk Kemaman

Berdepan banjir musim tengkujuh setiap tahun telah menjadi kebiasaan buat penduduk di daerah ini, namun banjir yang berlaku ketika ini disifatkan pelik dan luas biasa. Menurut penduduk Kampung Padang Kubu, di sini, Salasiah Hamid, 27, kebiasannya banjir berlaku pada hujung tahun dan tidak pernah melanda kawasan itu pada Februari.

Jelasnya hujan lebat sejak Khamis menyebabkan air mula naik ke kawasan rendah di kampungnya, menyebabkan sebahagian penduduk terjejas dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi Jumaat.

Memang kami tidak bersedia hadapi banjir kali ini. Sebab baru hujung tahun lepas kena banjir dah. Biasanya masa sekarang ini tak pernah banjir. Rumah saya belum dinaiki air lagi pagi tadi, banyak rumah lain sudah kena banjir. Agak kelam kabut juga pagi tadi bila sedar air mula naik di kawasan kampung. Tapi alhamdulillah, kita sedar dan alihkan sedikit barang yang sempat ke tempat tinggi  katanya ketika ditemui di PPS Balai Raya Padang Kubu di sini, pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here