KWSP isytihar 6.10 peratus dividen

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan 6.10 peratus dividen untuk simpanan konvensional dan 5.65 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun 2021 Dividen yang diisytiharkan adalah tinggi daripada 5.45 peratus untuk simpanan konvensional yang diisytiharkan pada 2019 sebelum wabak Covid-19. Dana itu juga mengatasi prestasi KLCI yang menguncup 3.7 peratus pada 2021.

Jumlah pengagihan mencapai paras tertinggi baru dengan sebanyak RM57.1 bilion. Rekod sebelum ini adalah sebanyak RM48.13 bilion yang dicatatkan pada 2017. Nilai aset KWSP mencecah RM1.008 trilion pada 2021, meningkat 0.8 peratus daripada tempoh sebelum ini.

Menurut KWSP, pertumbuhannya yang perlahan adalah disebabkan pengeluaran bantuan berkaitan Covid-19.  Sehingga Oktober tahun lalu, KWSP berkata kira-kira 7.4 juta ahli telah mengeluarkan RM101 bilion untuk bantuan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here