Kuala Lumpur, Ogos-
Polis menahan sekumpulan penjenayah yang disyaki terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dekat Subang Jaya, Selangor, kurang tempoh 24 jam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata semua suspek berusia antara 30 hingga 41 tahun itu dalam serbuan berasingan semalam.di sekitar Klang dan Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang lelaki mendakwa dihampiri empat lelaki bersenjatakan kayu pada jam 1.37 pagi semalam. “Suspek yang menunggang motosikal menghalang dengan berhenti di hadapan kenderaan pengadu lalu menghayunkan kayu ke arah cermin kenderaan sehingga pecah.
“Bertindak atas maklumat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya yang menjalankan siasatan berjaya menahan empat suspek secara berasingan pada jam 5.30 petang hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hussein berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Nissan Almera, motosikal Yamaha LC135 dan enam telefon bimbit.
Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah.
“Polis percaya semua suspek itu adalah individu yang terbabit kes samun seperti dilaporkan mangsa sebelum ini,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 393 dan 427 Kanun Keseksaan.