26,856 kes baharu Covid-19 semalam

Kuala Lumpur: Sebanyak 26,856 kes baharu Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam berbanding 27,435 kes kelmarin. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 10,160 kes dilaporkan semalam adalah kategori satu manakala 16,508 kes pula kategori dua dan baki kes pula adalah kategori tiga hingga lima.

Beliau berkata, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 368 kes dengan 153 kes disahkan Covid-19 manakala 215 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan. Kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 223 kes dengan 81 kes disahkan Covid-19 dan 142 kes lagi disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Sebanyak 1,869 kes dimasukkan ke hospital semalam dengan 725 kes adalah kategori tiga hingga lima manakala 1,144 kes adalah kategori satu hingga dua, katanya dalam kenyataan media hari ini. Dr Noor Hisham berkata, secara purata nilai kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) di Malaysia adalah 1.05 dengan Sarawak merekodkan Rt tertinggi dengan 1.31.

Katanya, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here