Malaysia mencatatkan sebanyak 22,030 lagi kes positif baharu COVID-19 setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,845,601. Sebanyak 21,636 kes adalah penularan tempatan manakala 394 kes import.
Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 33,872 kes sembuh semalam, menyumbang kepada sejumlah 3,502,760 yang pulih daripada jangkitan COVID-19 ketika ini.
Sementara itu, sebanyak 308,942 kes aktif sehingga semalam. Sebahagian besar daripadanya menjalani isolasi di rumah, membabitkan seramai 298,123 individu.
Seramai 2,031 pesakit kini dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) manakala 8,400 pesakit menjalani rawatan di hospital.




















