Remaja dihanyutkan arus Sungai Ketil

Baling, Seorang pelajar dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi bersama rakannya di Sungai Ketil, berdekatan Kampung Padang Temu, Batu 48, Bongor, di sini petang ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Mat Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.11 petang.

Beliau berkata, mangsa berusia 13 tahun dari Kampung Telok Sungai Durian, Bongor, mandi bersama rakannya sekitar jam 4 petang sebelum dihanyutkan arus sungai. Operasi mencari sedang dilakukan dan keadaan sukar kerana hujan lebat dan arus deras. Kemungkinan mangsa hanyut jauh sekiranya tidak tersangkut. Cuaca gelap turut menyukarkan operasi mencari dan menyelamat katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here