8,112 kes baharu Covid-19 semalam

Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 dalam negara menurun kepada empat angka iaitu 8,112 kes dilaporkan setakat semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu membabitkan 8,087 kes penularan tempatan dengan 25 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Perkembangan ini sekali gus menjadikan sehingga kini terdapat sebanyak 4,325,818 individu sudah dijangkiti virus berkenaan di negara ini, katanya dalam kenyataan hari ini. Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu yang dikesan semalam sebanyak 46.50 peratus atau 3,772 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori satu.

Ia diikuti pesakit Covid-19 dalam kategori dua (4,284 kes), kategori tiga (29 kes), kategori empat (10 kes) dan kategori lima (17 kes). Secara keseluruhannya, daripada 56 kes dalam kategori tiga hingga lima itu, sebanyak 38 kes membabitkan individu mempunyai komorbid.

Selain itu sebanyak 33 kes adalah membabitkan pesakit Covid-19 berusia 60 tahun ke atas, sudah menerima dua dos vaksin (21 kes), tidak divaksin atau lengkap vaksin (17 kes) dan sudah menerima dos penggalak (18 kes), katanya. Menurutnya, jumlah kluster yang masih aktif di negara ini merekodkan 130 kluster dengan penambahan satu kluster baharu setakat semalam.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, dua negeri mencatatkan pengisian katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus iaitu Putrajaya (100 peratus) dan Selangor (53 peratus). Bagi pengisian katil bukan ICU melebihi 50 peratus, hanya Putrajaya mencatatkan kadar penggunaan 59 peratus. Pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 110 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 13 peratus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here