Bantuan masuk sekolah 25,146 anak Pahang

Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 yang membantu untuk menambah keperluan memulakan persekolahan. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian bantuan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM2.514 juta, yang mana setiap murid menerima RM100.

Katanya, daripada jumlah itu, 25,051 orang adalah murid sekolah rendah, manakala 95 orang murid sekolah tahfiz. Pemberian RM100 kepada murid Tahun Satu ini susulan daripada pengumuman BPP 2022, baru-baru ini yang membabitkan empat kluster utama yang keseluruhannya berjumlah RM30 juta.

Ia membabitkan Kluster Pelajar dan Anak Muda, Kluster Golongan B40, Kluster Umum dan Kluster Apresiasi berjumlah kira-kira 300,000 penerima,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Sumbangan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 bagi Tahun 2022 di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini hari ini. Wan Rosdy berkata, ibu bapa tidak perlu mengemukakan permohonan untuk bantuan itu sebaliknya, maklumat penerima diambil daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.

Katanya, selain murid Tahun Satu, BPP 2022 juga akan menyalur bantuan sama 2,400 pelajar tahfiz yang membabitkan peruntukan RM240,000, selain RM2.857 juta untuk tambah nilai data telekomunikasi 25,871 pelajar bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

BPP 2022 turut menawar insentif tunai untuk 42,701 anak Pahang yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi dan 700 pelajar pusat penjagaan anak yatim. Keseluruhan peruntukan untuk bidang pendidikan di bawah BPP 2022 berjumlah RM14.291 juta, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here