Kuala Lumpur, Feb-
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kawasan Semenanjung terutama di utara Semenanjung sehingga Selasa depan.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir untuk tempoh singkat masih berpotensi berlaku, manakala kawasan barat Semenanjung dan beberapa lokasi di Sabah serta Sarawak berpotensi dilanda ribut petir.
Media sebelum ini melaporkan empat daerah di Kedah disenarai pada Tahap 1 atau berjaga-jaga susulan keadaan cuaca panas berterusan, menurut status terkini cuaca yang dikeluarkan baru-baru ini.
Kawasan itu membabitkan Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu yang masing-masing merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

























