COVID-19: 10,052 kes positif, kembali lima angka

Bilangan kes positif baharu COVID-19 negara kembali mencecah lima angka apabila sebanyak 10,052 kes direkodkan semalam, berbanding beberapa hari sebelum ini.  Ia menyumbang kepada sejumlah 4,352,611 kes setakat ini. Sebanyak 10,031 daripada kes yang dilaporkan adalah penularan tempatan manakala 21 kes import manakala bilangan kes aktif setakat tengah malam tadi adalah sebanyak 120,593.

Seramai 117,465 pesakit COVID-19 kini menjalani isolasi di rumah, disusuli 2,599 kes menjalani BN rawatan di hospital dan 367 pesakit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), seramai 62 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 99 kes di ICU yang memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 22 kematian dilaporkan semalam, dengan enam daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Selangor mencatatkan bilangan kematian akibat COVID-19 tertinggi semalam dengan tujuh kematian termasuk satu kes BID.

Ia disusuli masing-masing tiga kematian di Melaka (termasuk dua kes BID) dan Perak; masing-masing dua kematian di Johor, Kedah dan Pahang dan masing-masing satu kematian di Kelantan, Sabah dan Kuala Lumpur, kesemuanya kes BID. Sementara itu, sebanyak 15,893 kes sembuh dilaporkan semalam menyumbang kepada sejumlah 4,196,656, setakat tengah malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here