57% wanita dedah sering mengalami gangguan seksual

Sebanyak 57% wanita berusia 18 hingga 30 tahun mengakui mereka sering mengalami gangguan seksual secara lisan ketika berada di atas jalan raya, menurut satu kaji selidik. Kaji selidik oleh Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) dengan kerjasama All Women’s Action Society (AWAM) yang membabitkan seramai 1,056 responden itu bertujuan untuk mengenal pasti tahap keselamatan yang dihadapi ketika wanita melakukan aktiviti harian.

Manakala sebanyak 57% wanita juga mengatakan mereka pernah mengalami sentuhan yang tidak diingini.Dalam kenyataan, Cent-GPS berkata, biarpun ia hanya tinjauan awal tetapi setiap persoalan berhubung perkara itu harus membuka mata semua pihak khususnya pemimpin dan golongan lelaki.

Lebih penting lagi apabila tinjauan ini menumpukan golongan wanita berusia 18 hingga 30 tahun. Sebelum usia 30 tahun lagi, ada yang sudah berasa bimbang untuk bertemu doktor serta berjalan-jalan di luar dengan tenang. Dalam mengejar cita-cita untuk menjadi negara maju, ia tidak hanya boleh diukur berdasarkan status negara berpendapatan tinggi sedangkan wanita masih takut untuk menjalankan kehidupan harian seperti bertemu doktor, kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here