KKM dijangka umum kelonggaran SOP pada Rabu

Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) berhubung pandemik COVID-19, Rabu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata perancangan KKM itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Saya sudah menghantar kepada Perdana Menteri mengenai perancangan KKM. Rabu nanti, saya akan umumkan, katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Khairy melawat lima beradik, Muhammad Haidir Rodzi, 24; Muhammad Hairie, 21; Nurhairieka, 19; Muhammad Haiqiel, 14; dan Muhammad Khierzamani, 8, di Bandar Sunggala port Dickson di sini.

Lima beradik itu kehilangan kedua-dua ibu bapa, Rodzi Tahar dan Nazita Idris, akibat jangkitan COVID-19 pada pertengahan tahun lalu.
IKLAN

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri berkata, tiga kelonggaran SOP akan diumum dalam masa terdekat berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian saringan COVID-19 di lapangan terbang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here