Mayat lelaki tersangkut pada dahan pokok

KUALA SELANGOR: Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut di kawasan pokok di Sungai Selangor berhampiran Jeti Bukit Belimbing di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat tanpa identiti itu pada jam 12.48 tengah hari.

Menurutnya, seramai lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.

Kita menerima laporan awal tentang penemuan mayat terapung di dalam sungai dan berjaya dibawa ke jeti dengan bantuan nelayan dan polis, katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Norazam berkata, mayat lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi pembedahan siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here