472 kawasan di Selangor dijangka alami gangguan air

Kuala Lumpur: Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 3 petang hari ini. Ia susulan insiden pencemaran yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Air Selangor dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dilakukan pada 6.15 pagi dan LRA Bukit Tampoi pada 11.30 pagi. Kawasan yang terbabit adalah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).

Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas, kata kenyataan itu. Justeru, Air Selangor menasihati pengguna untuk menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air dapat disalurkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here