Pengedar dadah, pemandu mabuk diberkas

Seorang pengedar dadah antara enam lelaki yang diberkas dalam operasi bersepadu di sekitar daerah ini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek berusia 47 tahun itu disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan ditahan di Pandamaran dalam operasi bermula jam 11 malam.

“Pemeriksaan terhadap suspek menemui tujuh paket dadah jenis heroin seberat 111.9 gram dan sepaket syabu dengan berat 12.9 gram dengan nilai rampasan dianggarkan RM6,570.

“Semakan turut mendapati suspek mempunyai dua kes lampau berkaitan dadah,” katanya.

Dalam operasi selama lima jam itu, lima lagi suspek turut ditahan atas pelbagai kesalahan.

Katanya, dua daripada mereka ditahan kerana memandu kereta dan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk di Jalan Batu Unjur, seorang penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya di Persiaran Raja Muda Musa serta dua warga Indonesia dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 45A(1) dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, dalam operasi itu juga, polis telah memeriksa 170 kenderaan dan 205 individu selain mengeluarkan 32 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here