OKU rentung dalam kebakaran apartment

Bayan Lepas: Lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Apartment Desa Bayan, Jalan Merbah di sini, hari ini. Mayat lelaki berusia 18 tahun itu ditemukan di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang musnah 80 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.59 pagi. Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dan BBP Seri Balik Pulau bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.

Ketika di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah unit apartment dan mayat mangsa ditemukan dalam satu daripada bilik di rumah itu, katanya di sini, hari ini. Mayat mangsa diserah kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here