Suami isteri mandi pantai dikhuatiri lemas

Chukai: Suami isteri dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk Kijal Kemaman, pagi hari ini. Mangsa, Ahmad Qarib Ab Kadir 60, dan isterinya, Rokiah Abd Rahman 59, dipercayai lemas dan dihanyutkan arus ketika mandi pada 4 pagi.

Pasangan itu yang berasal dari Temerloh, Pahang dikatakan bercuti ke pantai itu bersama empat anaknya. Mereka dikatakan mandi di pantai itu pada jarak kira-kira 40 meter dari tempat penginapannya.

Pada 5 pagi, anak mangsa yang ke pantai itu mendapati kedua-dua ibu bapa mereka tiada di pantai itu dan kemudiannya bertindak menghubungi pihak berkuasa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kijal Mohamad Adri Mat Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.43 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anak mangsa yang menyedari kedua ibu bapanya hilang cuba mencari di sekitar kawasan pantai namun gagal menemuinya. Operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa membabitkan seramai 61 anggota bomba, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung segera digerakkan.

Pencarian dilakukan membabitkan radius keluasan 500 meter persegi dengan menggunakan bot bomba, polis dan nelayan tempatan,” katanya. Menurutnya, sehingga kini kedua-dua mangsa yang beralamat di Madrasah Ad Diniah , Kampung Pangsenam, Temerloh masih belum ditemui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here