Tanah runtuh: Rumah teres dua tingkat roboh

Kuala Lumpur: Sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Pertama, di sini, roboh akibat tanah runtuh, awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.51 pagi tadi.

Seramai 11 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, kami dimaklumkan sebuah rumah teres dua tingkat roboh akibat tanah runtuh, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ketika kejadian, penghuni rumah teres berkenaan berjaya keluar menyelamatkan diri. Penghuni di dua unit rumah berhampiran dengan kediaman berkenaan diarahkan berpindah. Pihak polis juga sudah memasang sawar-sawar di lokasi terbabit. Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here