Dua beranak ditemukan mati dalam rumah

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 10.17 pagi berhubung kejadian seorang wanita tempatan berumur 71 tahun tidak sedarkan diri dan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dalam keadaan tergantung di rumah terbabit.

Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk. Barangan peribadi milik kedua-dua mangsa seperti wang tunai dan telefon bimbit, berada di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut hadir di lokasi kejadian untuk membantu siasatan. Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh, untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperoleh, katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here