KLANG –
Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang, Mohd Shahrizal Mohd Salleh menjelaskan, tindakan itu diambil selepas tiga notis pencerobohan yang dikeluarkan sebelum ini mengikut Seksyen 425 dan 426A (1)(c)Kanun Tanah Negara 1965 langsung tidak diendahkan pemilik struktur binaan berkenaan.
“Tanah seluas kira-kira satu ekar ini diceroboh untuk dibina kandang lembu dan kambing,kabin simpanan barang serta kuil. Notis pencerobohan juga telah dihantar kepada pemilik struktur pada 13 Nov 2006, 7 Okt 2017 dan 9 Jan lepas supaya mereka mengosongkan tapak berkenaan namun tidak diendahkan.