Mayat dalam Alphard: 2 remaja dipercayai mati 4-5 hari sebelum ditemui

Dua remaja yang mayat mereka ditemui dalam Toyota Alphard di kawasan parkir bawah tanah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, dipercayai sudah meninggal dunia antara empat atau lima hari lalu sebelum ditemui Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, punca kematian kedua-dua remaja berusia 19 tahun itu setakat ini masih dalam siasatan. Siasatan awal mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard berkenaan berada di kawasan parkir itu selama lima hari dan ketika ditemui, enjin kenderaan berkenaan tidak hidup.

Kita terima laporan kehilangan kedua-dua remaja berkenaan yang masing-masing dibuat ahli keluarga mereka di Klang dan Shah Alam, Selangor pada 23 dan 24 Mei lalu, katanya ketika dihubungi, hari ini. Terdahulu, media melaporkan mayat kedua-dua remaja berusia 19 tahun itu ditemui selepas polis menerima aduan daripada orang awam pada jam 8.26 malam Ahad lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here