Wanita bersubahat dengan adik ipar bunuh suami sendiri

Shah Alam: Dua individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki di Seksyen 25, dekat sini, pada tengah malam Jumaat. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dua suspek berkenaan ialah isteri serta adik kandung kepada mangsa bunuh itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dibunuh selepas kedua-dua suspek berang kerana mangsa sering mabuk. Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berusia 42 tahun mati di tempat kejadian dengan lima tetakan di belakang kepala, satu kesan lebam di badan, koyakan di bibir dan bengkak di pipi disyaki akibat dipukul senjata tumpul.

Difahamkan, isteri mangsa turut memukul mangsa yang mabuk hingga rebah kerana berang dengan sikap mangsa yang kaki mabuk.  Kedua-dua suspek iaitu wanita berusia 40 tahun dan lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pada jam 3 petang semalam iaitu dalam tempoh 24 jam selepas mangsa dibunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan ketika ini mendapati kedua suspek dipercayai bersubahat kerana marah dengan sikap mangsa serta tidak mempunyai sebarang hubungan sulit.Katanya, mangsa dan isteri sudah berkahwin selama 18 tahun serta mempunyai tiga anak berusia antara 4 hingga 16 tahun manakala suspek lelaki adalah pelajar kolej swasta yang baru saja tinggal di rumah abangnya sejak enam bulan lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kedua-dua saspek direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan S V Kumar di talian 012-8377756, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here