Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Perak

Teluk Intan: Pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Perak berdekatan Jeti Kampung Terengganu, di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian dimaklumkan orang awam pada 8.17 malam.

Katanya, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dimaklumkan orang awam menjumpai beg, baju dan seluar mangsa yang berusia 14 tahun itu berdekatan jeti. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here