Stesen LRT sesak teruk lagi, ramai lewat masuk kerja

Kuala Lumpur, Ramai penumpang yang menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) pagi ini terkandas akibat kesesakan luar biasa untuk pergi bekerja. Kesesakan berlaku pada waktu puncak di Stesen Pasar Seni di sini berlaku kira-kira jam 8 pagi hingga 9 pagi tadi dan difahamkan perkara sama berlaku pagi semalam.

Kesesakan itu turut tular di media sosial selepas warga maya berkongsi keadaan di stesen LRT apabila ramai penumpang tidak dapat meneruskan perjalanan pergi bekerja dengan ada yang mengatakan hanya 50 peratus daripada semua pengguna LRT dapat sampai di tempat kerja.

Bagaimanapun, tinjauan di beberapa kawasan LRT sekitar di sini kira-kira jam 10:30 pagi tadi mendapati kawasan sesak yang tular di media sosial sudah pun lenggang. Seorang pekerja di sebuah gerai di kawasan stesen LRT terbabit yang enggan dikenali berkata kawasan tersebut dipenuhi orang ramai sekitar jam 8 pagi.

Memang ramai orang pagi tadi, lagi-lagi sekarang ini semua sudah bekerja di pejabat, jadi itu mungkin sebab kesesakan ini berlaku, katanya dengan menambah kekerapan perkhidmatan tren berkurang kepada setiap 5 minit berbanding sebelumnya, setiap 3 minit. Keadaan di sini pagi tadi dikawal beberapa polis bantuan bagi mengelak kesesakan di platform,katanya.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati terdapat beberapa kerosakan eskalator di beberapa kawasan LRT juga menyebabkan kesesakan utama pada waktu puncak iaitu waktu pagi dan petang ketika orang ramai pergi dan pulang dari kerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here