Mayat di ladang kelapa sawit

Mayat seorang lelaki ditemui di ladang kelapa sawit Rantau, di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mayat yang lengkap berpakaian itu ditemui orang awam pada jam 12.45 tengah hari dan kemudian memaklumkan kepada polis bantuan, sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Rantau.

Katanya, hasil siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati, mangsa adalah berbangsa India, berusia 40 tahun dan berasal dari Rantau.

“Si mati ditemui masih berpakaian lengkap, beberapa kecederaan pada bahagian anggota badan ditemui.

“Namun tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis,”katanya.

Tambah beliau, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menjalani bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian di atas diminta untuk tampil di balai polis berdekatan. Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here