Parlimen Sri Lanka pilih Ranil Wickremesinghe presiden baharu

Colomo: Ranil Wickremesinghe dipilih sebagai presiden baharu Sri Lanka menggantikan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri dari negara yang dilanda krisis dan meletak jawatan minggu lalu.

Keputusan rasmi menunjukkan Wickremesinghe yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri memperoleh 134 undi dalam undian Parlimen tiga penjuru. Lawan utamanya, Dullas Alahapperuma memperoleh 82 undia, manakala Anura Dissanayake yang berhaluan kiri hanya memperoleh tiga undi. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here