Jururawat didakwa bunuh anak kandung

Sungai Siput, Seorang jururawat hospital swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan membunuh bayi kendungnya yang berusia lapan bulan,  dua minggu lalu. Tertuduh, T Rebekal, 30, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh, dengan menyebabkan kematian kepada J Melvin Jeshuran, iaitu bayi lelaki berusia lapan bulan di rumah beralamat No A13, Fasa 2A, Kampung Muhibbah, di sini, kira-kira jam 6 petang, 24 Julai lalu. Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan tarikh 3 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, menerusi kenyataan berkata, polis menahan reman seorang wanita berusia 30-an sehingga hari ini, susulan kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dengan kesan kecederaan pada badan. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here