Lelaki campak 3 budak, terjun MRR2

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar mencampak tiga kanak-kanak sebelum terjun dari lebuh raya, pagi tadi. Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai, berkata lelaki itu mencampak dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan sebelum dia sendiri terjun dari Lebuhraya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Menurut saksi, sebelum kejadian, lelaki Myanmar tersebut didapati berjalan sambil menggendong seorang kanak-kanak manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya pada 5.50 pagi, katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here