122,000 murid Tahun 1 masih belum kuasai 3M – Fadhlina

Kajang, Okt-
Seramai 122,000 murid Tahun Satu bagi sesi akademik tahun ini di seluruh negara dikesan masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, antara punca yang menyumbang kepada perkara itu adalah keciciran pembelajaran semasa pandemik Covid-19, kemiskinan selain anak-anak keperluan khas.

“Angka ini sifatnya dinamik. Sebaik saja mereka menguasai melalui intervensi yang dibuat baik di peringkat negeri mahu pun di peringkat Persekutuan serta program Anak Kita, nombor ini akan berubah dan bertambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Tekad Reformasi Pendidikan yang julung kali diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan kerajaan negeri Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Program Intervensi Literasi dan Numerasi yang bermula Ogos lepas dilaksanakan bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here