4 mayat dengan kesan tembakan ditemui di Narathiwat

NARATHIWAT: Polis Thailand mengesahkan empat mayat lelaki dipercayai mangsa tembak ditemukan di dua lokasi di Narathiwat, selatan negara itu. Ketua Polis Weng, Chalong Leknoi berkata semua mayat itu mempunyai beberapa kesan tembakan.

Beliau berkata tiga mayat lelaki ditemukan dalam but sebuah kereta di dalam tasik di Kampung Cherang, Weng, Narathiwat kira-kira 6 petang (waktu tempatan) semalam manakala satu mayat lelaki dengan kesan tembakan dijumpai orang awam kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan) Rabu.

Chalong berkata orang awam membuat laporan polis selepas menjumpai sebuah kereta di dalam tasik kira-kira 6 petang (waktu tempatan) semalam.Hasil pemeriksaan polis menemukan tiga mayat lelaki dalam but kereta itu. Ketiga-tiga mayat tanpa baju dengan kesan tembakan dipercayai meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu.

Siasatan awal polis mendapati ketiga-tiga mangsa dibunuh dan mayat mereka disumbat dalam but kereta sebelum ditenggelamkan ke dalam tasik katanya. Beliau berkata ketiga-tiga mangsa berusia antara 19 dan 38 tahun berasal dari Sungai Kolok dan Sukhirin, Narathiwat mempunyai kesan tembakan di bahagian dada dan kepala.

Siasatan juga mendapati dua daripada mangsa terlibat dengan sindiket dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau katanya.

Katanya, lelaki warga tempatan berusia 35 tahun dilaporkan hilang empat hari yang lalu. Siasatan awal mendapati kedua-dua kes ini mempunyai kaitan. Polis mengenal pasti 10 suspek yang terlibat dalam kedua-dua kes ini katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here